Haslina
👩👧 Ibu Kepada Hana, Pelajar TKC · 🌾 Berasal Dari SK Kampung Melayu Subang · 📚 Penerbit Buku Ini
Saya Haslina, ibu kepada Hana. Anak saya bukan dari sekolah elit, dia bermula di SK Kampung Melayu Subang. Tiada tuisyen mahal, tiada peluang khas, tiada TV di rumah, dan tiada telefon sendiri sehingga Tingkatan 3. Tetapi Hana menjadi pelajar pertama sekolahnya yang berjaya tembus ke Tingkatan 1 di Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Saya tahu apa yang anda fikirkan sekarang. "Mana mungkin anak sekolah biasa boleh masuk TKC." Saya pun pernah fikir begitu. Tetapi Hana mula membaca seawal umur 2 tahun 3 bulan. Saya buktikan ia boleh, asalkan ada sistem dan strategi yang betul, mula dari rumah.
Buku ini bukan teori dari mana mana. Ini adalah cara saya didik anak sendiri dari dalam kandungan, sehingga dia tembus sekolah berprestij. Saya tulis untuk ibu bapa Malaysia yang anak mereka mungkin nampak biasa biasa, tetapi sebenarnya boleh capai sesuatu yang luar biasa.